Monday, January 2, 2017

2016, tamat.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.


Ok, lambat sikit. It's about 2016.

Naik turun serupa roller coaster, naik macam siput, turun laju serupa kuda. Tapi tu lah, belajar belajar dan belajar.

Mana pernah tamat, ye dak?


*******

Tahun ni kerja, alhamdulillah masih bertahan walaupun setengah mati. Cumanya, mungkin dah lebih matang nak uruskan emosi.

Aku ingatkan macam tak boleh nak setia lama-lama kat satu company. Alhamdulillah, kali ni macam masih bole tahan.

Sampai bila, entah.


*******

Family, takde lebih, takde kurang. Semua sedang-sedang saje, cukup untuk aku bagi dua orang tua aku, walaupun bagi aku belum cukup lagi.

Tapi aku cuba untuk tambah-tambahkan apa yang mampu aku bagi.

Cuma dari segi nak bahagikan masa tu, macam agak susah jugak, kadang rasa dah cantik bagi masa. Tapi bile menung sat, tetap terasa macam lebihkan kawan. Haaaa~


*******

Ok, pasal cinta pulak. Sejujurnya tahun ni pedih la sikit, tak sikit jugak sebenarnya. Banyak, hahaha.

Tahun ni, crush-crush kesayangan dah berkahwin. Menjelang akhir tahun, semua dah mengandung. :)

Part sedih tu macam lama jugak la nak bagi hilang, kira ada lah dalam seminggu jugak kerja aku macam haram hasil dia.

Nak comeback tu tak berapa hebat. Lemah.

Itu je kot, sebab tahun ni aku tak bercinta pun, tak mencuba pun ada jugak walaupun orang kenen-kenen.




p/s : Lastly, ibu dah mula sibuk nak menantu. Aku dah habis alasan nak bagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...